RABU, 24 NOVEMBER – Tiada kes kematian dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 sepanjang tempoh pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan PICK Bermula 24 Februari sehingga 20 November lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan dua, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, walaupun 535 kes kematian dalam kalangan penerima vaksin namun hasil post mortem dan penilaian kasualiti membuktikan tiada kematian akibat vaksin.
Datuk Aaron Ago Dagang sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II berkata :
“..Sebanyak 93.3 peratus daripada laporan kes melibatkan kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di tempat suntikan, demam, pening dan keletihan dan biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa hari.
“Daripada jumlah ini, hanya 1,549 laporan dikategorikan sebagai serius iaitu bersamaan 0.03 laporan bagi setiap 1,000 dos yang diberikan, dan mereka ini dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut bagi beberapa hari…”
Beliau berkata, kes serius termasuk kes kematian disiasat dengan menyeluruh dan terperinci oleh fasiliti kesihatan yang berkenaan.
Laporan penyiasatan kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 JFK untuk penilaian kasualti atau hubung kait antara kesan sampingan dan vaksin,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan R Sivarasa mengenai hasil pemantauan Kementerian Kesihatan terhadap penerima vaksin covid-19 dan kesan negatif secara langsung.
Timbalan menteri itu turut memaklumkan sepanjang tempoh sama, sejumlah 51 juta ,842 ribu, 386 dos vaksin Covid-19 melibatkan vaksin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, CanSino dan Sinopharm telah diberikan.