RABU, 24 NOVEMBER – Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan parti PAS untuk memperbetulkan keadaan dan menjalin semula kerjasama dengan UMNO.
.
Pasca Pilihan Raya Negeri PRN Melaka, gabungan Barisan Nasional BN yang diketuai UMNO memperoleh 21 kerusi. Perikatan Nasional PN yang dianggotai PAS dan BERSATU hanya memperoleh 2 kerusi.
Memetik hantaran Nik Abduh di laman facebooknya beliau berkata Sebaik-baik perjanjian politik termeterai sejak berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang membentuk Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS.
Ia perjanjian diberkati Allah dengan serta-merta dan menyatukan dua kumpulan besar umat Islam bertelagah sejak puluhan tahun.
Dalam hantaran berkenaan, Nik Abduh berkata, PAS mampu bertahan 7 tahun bersama DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2015.
Beliau menyifatkan menentang kerajaan BN pada masa itu, jika tidak malu pada diri sendiri dan rakyat, dan membiarkan sengketa menerus antara pemimpin boleh meruntuhkan perpaduan antara MN dalam tempoh yang singkat.
Ujar beliau, sengketa, dendam dan buruk sangka sesama umat adalah tidak wajar dan perlu dihentikan. Umno dan PAS membentuk pakatan MN selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum 2018.
Bagaimanapun keputusan Bersatu keluar PH dan pembentukan kerajaan baru di bawah Muhyiddin Yassin mengubah dinamik dan menyebabkan PAS lebih menumpukan kepada gabungan PN dengan Bersatu berbanding MN dengan Umno