RABU, 24 NOVEMBER – Hari ini bersambung hari ke dua pendengaran bagi kes mencabar keabsahan dan kedudukan sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan.
Semalam pihak plaintif telah mengemukakan hujahan-hujahan mereka bahawa sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Antara hujahan plaintif adalah:
1.Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 5-5-0) adalah bercanggah dengan Perkara 1-5-2(1) Perlembagaan Persekutuan.
2.Penubuhan dan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah dengan Perkara-Perkara 5,8,10, dan 12 Perlembagaan Persekutuan.
3.Plaintif-plaintif mempunyai locus standi bagi memfailkan tindakan mahkamah ini.
4.Mahkamah wajar mengadili dasar dan polisi Defendan Kedua (Kementerian Pendidikan Malaysia ) berhubung sistem pendidikan nasional.
Sementara itu, peguam yang mewakili pihak plaintif, Aidil Khalid ketika ditemui lewat petang semalam berkata;
“…hujahan yang dibentangkan merujuk kepada affidavit Prof Dr Teo Kong Seong berhubung dakwaan penguasaan Bahasa Malaysia pelajar sekolah vernakular yang lebih lemah.”
Tambah beliau lagi :
“…untuk pihak plaintif hujahan disampaikan untuk dua point utama. Sek 2,17,28 akta pendidikan sekolah vernakular melanggar perlembagaan persekutuan. Kedua sekolah vernakular menyebabkan diskriminasi. Untuk itu 3 affidavit digunakan yang pertama affidavit daripada Dr Teo Kok Seorang yg memberi keterangan kepada mahkamah berdasarkan data sek ini menyumbang kepada lemahnya penguasaan bahasa kebangsaan. Kedua affidavit oleh Dr Rafidah Hanim berkenaan insiden diskriminasi di sekolah vernakular. Dan affidavit dari wakil Sabah dan Sarawak merasa terkilan mereka mempunyai bahasa masing-masing tetap tidak diberikan sekolah untuk mengangkat bahasa mereka. Sedangkan bahasa cina dan tamil yang tidak disebut dalam perlembagaan diberikan…”
Dalam pada itu, perbicaraan kes disambung semula hari ini dihadapan hakim Mohamad Nazlan Mohamad Ghazali dimana pihak plaintif dijadualkan untuk membalas kembali hujahan yang dibuat oleh pihak defenden.