RABU, 24 NOVEMBER – Pembukaan sektor ekonomi dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mendorong kepada permintaan tinggi sekali gus menyebabkan kenaikan harga mendadak barangan asas seperti ayam dan minyak masak kebelakangan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Chong Fat Full berkata terdapat dua faktor menyebabkan kenaikan harga ayam iaitu peningkatan kos bahan mentah seperti kacang soya, jagung dan pertukaran mata wang asing selain faktor permintaan dan bekalan.
” situasi ini…menjadi stabil dalam pasaran..”
Jelas Chong lagi Situasi ini menyebabkan permintaan meningkat dan menyebabkan harga barangan seperti juga turut meningkat yang mana penternak tidak dapat menjangka pembukaan ini.
Justeru, apabila berlaku permintaan tinggi terhadap ayam, penternak memerlukan masa bagi menyediakan ayam dan ini akan mengambil masa untuk bekalan ayam menjadi stabil di pasaran.
Dr Chong (Bersatu-Pemanis) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Umno-Penawar), Md Ysahruddin Kusni (PH-Bukit Naning) dan Dr Faizul Amri Adnan (PH-Serom) mengenai tindakan kerajaan berhubung kenaikan harga keperluan asas terutama selepas beralih ke Fasa 4 PPN seperti ayam, minyak masak dan sayur-sayuran.