SELASA, 23 NOVEMBER – Rakyat pada masa ini mahukan kerajaan fokus berkhidmat bukan mahukan pemimpin berpolitik.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat rakyat hanya mahu keluar dari pandemik COVID-19 berbanding memikirkan tentang Pilihan Raya Umum PRU ke 15.
‘’Saya berpandangan sekarang ini rakyat selesa untuk melihat kerajaan lebih fokus kepada memberi perkhidmatan kepada rakyat, pastikan kita dapat keluar dari pandemik ini secara selamat, ekonomi dapat dinaikkan dan pekerjaan dapat disediakan.’’
Ahmad Faizal berkata, orang politik seharusnya lebih berperanan memberikan tumpuan bagi memenuhi keperluan rakyat.
Mengulas lanjut, pelaksanaan PRU 15 dalam masa terdekat ini disifatkan bukan sebagai penyelesaian utama buat rakyat.
Ahmad Faizal berkata segala keputusan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada PRU 15 hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail selepas mendapat perkenan yang Di-Pertuan Agong.