SELASA, 23 NOVEMBER – Perkembangan kejadian banjir di Ampang. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bersama Jabatan Khidmat Pengurusan telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di beberapa laluan utama.
Menurut Majlis Perbandaran Ampang Jaya, kawasan yang terlibat adalah sekitar Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Lembah Jaya Selatan.
Katanya menerusi hantaran di laman Facebook, Kutipan sampah di dalam longkang dilaksanakan bermula malam semalam sebaik sahaja hujan berhenti dan telah disambung seawal 7 pagi hari ini.
Longgokan sampah yang dibawa banjir memenuhi longkang dan perlu dialih dibersihkan dalam kadar segera.
Banjir kilat setinggi kira-kira 1 meter akibat hujan lebat sejak 6 petang pada 22 November 2021 turut membawa sampah dan lumpur ke kawasan sekitar.