SELASA, 23 NOVEMBER – Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan dapat menyemak status halal produk daripada luar negara melalui Sistem Maklumat Bersepadu Halal yang kini sedang dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem dengan kos RM3.4 juta itu merupakan pangkalan data mengenai produk halal tempatan serta antarabangsa yang berada di Malaysia.
“Amek dari awal…..dibawah skim produk makanan…”
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Halal Kebangsaan (Sidang Halal) 2021 yang diadakan secara dalam talian hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Jakim juga sedang membangunkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Antarabangsa) dan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa.
Ia sebagai langkah untuk memperkasakan sijil halal Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi Program Pengantarabangsaan Persijilan Halal Malaysia.