ISNIN, 22 NOVEMBER – Momentum meletakkan calon muslim berwibawa dalam Pilihan Raya perlu dikekalkan bagi memberi signal signifikan kepada parti-parti politik bahawa parti-parti politik perlu meletakkan calon Muslim berwibawa di kerusi majoriti pengundi Melayu bagi memastikan lebih ramai Ahli Parlimen Muslim di Dewan Parlimen selepas PRU-15.
Demikian menurut Ketua Penerangan Berjasa Pusat, Hazwan Mohamad menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Twitternya.
Hazwan berkata, dalam PRN Melaka yang berakhir semalam menyaksikan buat pertama kalinya DUN Bemban yang majoritinya pengundi Melayu menjadi kerusi tradisi Barisan Nasional, BN diberi kepada MCA.
Manakala di pihak Pakatan Harapan pula, memberikan kerusi itu kepada DAP. Natijahnya dalam PRN Melaka ia dimenangi oleh calon Melayu dari parti Bersatu.
Beliau turut memuat naik satu lagi hantaran di Twitter, iaitu gambar penyandang ADUN Bemban, Doktor Mohd Yadzil Yaakub yang menewaskan Pengerusi DAP Melaka dalam pertarungan kerusi Majoriti Melayu yang sebelum ini memberi undi kepada MCA & DAP.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew meletak jawatan berkuat kuasa serta merta. Ini rentetan daripada kekalahannya di kerusi N25, DUN Bemban.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, PH Melaka itu. Beliau mengambil rasa tanggungjawab dengan kekalahan DAP terhadap separuh daripada 8 kerusi DUN yang ditandingi dalam pilihan raya itu