ISNIN, 22 NOVEMBER – Akibat kecuaian memandu dan kondisi kesihatan, seorang pemandu yang merempuh sebuah kedai di Ampang, meragut nyawa pekerja di permis tersebut.
Menurut Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Doktor Malina Osman berkata:
“… sebagai pemandu sememangnya faktor kesihatan perlu diutamakan sebelum menggunakan kenderaan ke mana-mana destinasi dekat atau jauh.”
“… Sekarang ni ramai yang tak cukup tidur, kadang-kadang dalam situasi kerja mungkin banyak dan sebagainya tidak dapat waktu tidur yang mencukupi dan sebagainya mereka terdedah kepada keadaan-keadaan sedemikian…”
“… Untuk mereka semua individu yang berumur 30 – 35 tahun ke atas wajar menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit-penyakit yang mungkin mendedahkan keadaan seperti pitam dan sebagainya…”
Dalam pada itu, Doktor Malina menambah, Penggunaan sosial media tanpa batas waktu adalah salah satu punca seseorang itu kurang tidur dan menyebabkan insomnia.
Pakar Kesihatan Awam berkata lagi bahawa, “… Keadaan kita pada hari ini terlalu banyak bergantung ataupun terikat dengan media sosial tanpa batas waktu… Dapatkan nasihat kesihatan dan sebagainya…”