Ketua Menteri Melaka Mulakan Tugas Pentadbiran Negeri

(Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke-13))
(Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke-13  sumber : FB)

ISNIN, 22 NOVEMBER – Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh pagi tadi.

Sulaiman tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada jam 8.20 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu di pintu masuk pejabat pada jam 8.30 pagi sebelum memasuki bilik pejabatnya bagi menghadiri upacara ringkas selain sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rauf Nafi Ada Pihak Tidak Setuju Sulaiman Dilantik Ketua Menteri

Next Post

ADUN Bilut Gesa Anwar Letak Jawatan Ketua Pembangkang

Related Posts