![](https://tvpertiwi.com/wp-content/uploads/2021/11/Azmi-Hassan-300x169.jpg)
(Azmi Hassan, Geostrategis dan Penganalisis Politik)
ISNIN, 22 NOVEMBER – Peratusan keluar mengundi yang dilihat kurang dari 70 % menunjukkan kempen di media sosial belum boleh diterima oleh pengundi.
Demikian menurut Geostrategis dan Penganalisis Politik Azmi Hassan. Beliau menambah antara faktor yang menyebabkan peratusan undi berkurang, tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan kerisauan pengundi mengenai jangkitan pandemik COVID-19.
Azmi Hassan ketika dihubungi berkata :
“… Ada beberapa sebab mengapa peratusan itu rendah… Perlu befikir banyak kali….”
Beliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi. Azmi turut mengulas mengenai jangkaan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional, BN. Katanya, ini mungkin disebabkan pengundi warga emas mempunyai pengikut tegar tersendiri termasuklah pengikut UMNO dan PAS.
Tambah beliau, “… Yang keluar mengundi itu peratama adalah mereka yang tegar menyokong… 100 % penyokong PAS keluarpun ia tidak membawa apa-apa perbezaan…”.