JUMAAT, 19 NOVEMBER – Calon-calon yang dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka perlulah daripada individu yang berpengalaman dengan selok belok pentadbiran negeri Melaka.
Mengulas perkara itu, Penganalisis Politik, Doktor Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, rakyat Melaka sudah muak dengan perkembangan politik Melaka dan memerlukan pemimpin yang mampu mencetuskan kestabilan politik di peringkat negeri.
Doktor Tawfiq berkata, pemilihan Datuk Mas Ermiyatie calon Dewan Undangan Negeri Tanjong Bidara sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Perikatan Nasional PN adalah tidak bersesuaian.
Beliau berpendapat, pencalonan Mas Ermiyantie seolah-olah satu pertaruhan yang mahu melihat hanya calon wanita sahaja yang mampu meraih sokongan kepada PN.
DR Mohammad Tawfiq Yaakub sebagai penganalisis politik berkata :
“…negeri melaka ini berbeza dengan negeri-negeri lain memerlukan seorang yg berpengalaman, dan mampu utk turun ke padang bukan hanya waktu berkempen tetapi setiap masa. kalau kita bekas ketua menteri Melaka sebelum ini mempunyai ciri-ciri demikian mahupun PH dan BN. jadi saya tidak nampak Mas Ermiyantie ini sebagai calon yang mampu seperti bekas-bekas menteri sebelum ini…”
Dalam pada itu, mengulas mengenai Barisan Nasional BN yang meletakkan semula Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk menerajui negeri Melaka jika gabungan itu menang Pilihanraya Negeri PRN Melaka;
“…beliau berkata Sulaiman adalah calon yang paling sesuai untuk mentadbir Melaka”.
Tambah beliau, semua pihak perlu berpijak pada bumi yang nyata bahawa UMNO adalah kubu terkuat di Melaka.
“…sudah pasti pertikaian antara ahli umno itu sendiri menyebabkan Melaka terbubar. Pada saya apabila musuh politik tewas dalam piliharaya dan tidak ada lagi dalam kerajaan ini mewujudkan kestabilan pada parti yg berjaya mentadbir negeri Melaka. Sudah pasti jika Sulaiman telah hilang seteru dalam kerajaan sudah pasti kestabilan negeri Melaka yg hendak dibawa oleh BN ada dan tidak diganggu gugat oleh musuh politiknya dalam kerajaan…”