JUMAAT, 19 NOVEMBER – Menjelang 2 hari lagi pilihan raya Melaka, semua parti bertanding sudah pun menamakan siapa calon ketua menteri mereka.
Namun setakat petang semalam, Gagasan BEBAS belum lagi mencalonkan sesiapa daripada 15 calon mereka untuk mengisi jawatan berkenaan sekiranya memenangi pilihan raya ini.
Bagi Barisan Nasional, menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk jawatan itu dan menyaksikan beliau memegang jawatan itu buat kali ke-2 sekiranya BN menang di Melaka.
Mengumumkan perkara itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan, Sulaiman katanya dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka serta bebas daripada isu.
Namun memetik agendadaily, Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan keputusan UMNO meletak Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri (KM) Melaka tidak akan menyelesaikan masalah krisis politik di negeri itu.
Begitu juga dengan Pakatan Harapan – menunjukkan persaingan kali ke-2 buat Adly Zahari dari parti amanah, sebagai bakal ketua menteri melaka.
PH juga berkata Adly sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan. Bagi Gagasan BEBAS difahamkan akan hanya mengumumkan nama selepas satu mesyuarat diadakan esok.
Perikatan Nasional pula mencalonkan Naib Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin calon DUN Tanjung bidara sebagai calon Ketua Menteri negeri itu sekiranya memperoleh mandat pada 20 November ini.
PN dalam pengumumannya oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata PN membuktikan bahawa ruang dan peluang sentiasa diberikan kepada mana mana pemimpin yang layak tanpa mengira jantina.
Dan ia julung kali jawatan ketua menteri dipegang oleh wanita dalam sejarah Malaysia.