Semua Parti Ada Ruang Sama Rata Untuk Kempen – Annuar

(Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.)
(Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.)

JUMAAT, 19 NOVEMBER – Parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dengan memberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

Annuar berkata pendekatan kempen parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kali ini juga banyak bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Mengulas lanjut, Annuar berkata prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen juga dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini ekoran pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu susulan 4 ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bahang Hari Pengundian Makin Terasa

Next Post

Jangka Masa Kempen Media ‘Mainstream’ Terlalu Pendek

Related Posts