JUMAAT, 19 NOVEMBER – Jumlah penggunaan katil di unit rawatan rapi ICU hospital seluruh Selangor yang merawat kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 meningkat 2% sejak dua minggu lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, ia berikutan peningkatan kes baharu harian Covid-19 di Selangor daripada 1,300 hingga 1,500 kes dalam tempoh tersebut.
Datuk DR Sha’ri Ngadiman selaku Pengarah Kesihatan Negeri Selangor berkata :
“ICU Hospital Sungai Buloh juga menerima kes-kes Covid-19 dari hospital lain agar ICU hospital lain boleh diguna pakai untuk menampung lebih banyak keperluan kes bukan Covid-19,”
Menurutnya, jumlah terkini katil di ICU dan ‘repurposed’ ICU di Selangor termasuk kes Covid-19 dan bukan Covid-19 adalah sebanyak 203 katil dengan kadar penggunaannya sebanyak 80 %.
Manakala, jumlah katil bukan kritikal di hospital bagi pesakit Covid-19 adalah sebanyak 1,286 katil dengan kadar penggunaan sebanyak 92 % setakat Khamis, 18 November 2021.
Dalam pada itu, mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 di ICU Hospital Sungai Buloh, Dr Sha’ari berkata;
“…ia berlaku disebabkan status Hospital Sungai Buloh sebagai Hospital Full Covid-19 dan menjadi hospital rujukan Covid-19 bagi semua hospital bukan sahaja di Lembah Klang”.
Katanya, sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang memerlukan kemasukan ke Hospital Sungai Buloh, Sistem Gas Oksigen di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ditambah baik bagi menampung kes-kes Covid-19 untuk mengurangkan beban hospital itu.