JUMAAT, 19 NOVEMBER – Dalam pada itu calon Barisan Nasional, N08, DUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata :
“… Agak lambat pengumuman yang dibuat oleh menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu mengenai kebenaran kempen semua parti-parti bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka”.
Mengenai Kebenaran kempen Pilihan Raya Negeri di saluran perdana atau ‘Mainstream’ dalam kalangan parti-parti yang bertanding.
Ngwe Hee Sem, Calon DUN N08 Machap Jaya, “…Bagi saya itu satu platform lah bagi saya…Untuk bagi tau pengundi kita Manifesto kita…”
“… Masa sudah suntuklah, bagi pandangan awam… Saya hanya menerusi media sosial…”. Hee Sem berdepan saingan 5 penjuru di DUN Machap Jaya.
Beliau dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Tai Siong Jiul, Law Bing Haw (Pakatan Harapan), Abdul Aziz Osani Kasim (Parti Perikatan India Muslim Nasional) dan Azlan Daud (Bebas).