JUMAAT, 19 NOVEMBER -Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Ampang Jaya berjaya menyelesaikan 20 kes membabitkan pecah rumah dan samun dimana 7 kes di Pulau Pinang, 10 kes di Selangor dan 3 kes di Kedah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan itu membabitkan 2 lelaki tempatan tidak bekerja berumur 30 hingga 31 tahun.
Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan samun.
ACP Mohd Farouk Eshak selaku Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkata :
“…Tangkapan merupakan 2 lelaki tempatan yang tidak bekerja berumur 30 tahun dan 31 tahun. Suspek ke-2 mempunyai 40 rekod lampau dalam pelbagai kesalahan jenayah dan dadah dan 1 rekod masih dikehendaki bersabit kes pecah rumah iaitu di Pulau Pinang. Manakala suspek yang berumur 30 tahun mempunyai 2 rekod lampau iaitu kesalahan dadah dan samun. Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Meth…”
Farouk berkata, tangkapan ini dikenali dengan nama ‘GENG WAJA’ telah ditahan dibawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan bersenjata dan berkumpulan membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.
Seksyen 15(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952 iaitu memasukkan dadah dalam badan. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.
Dalam pada itu, IPD Ampang Jaya turut berjaya menyelesaikan sebanyak 33 kes membabitkan cubaan mencuri tabung ekzos kereta di kawasan Lembah Klang dan Kelantan.
Tabung ekzos dijual dengan nilai harga tinggi ekoran kandungan bahan paladium, rodium dan platinum yang boleh mencecah RM300 hingga RM800 jika dijual.
Mereka yang ditahan adalah 5 lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan 30 hingga 43 tahun.