JUMAAT, 19 NOVEMBER – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Pembela kecewa dengan keadaan politik semasa yang membawa lebih banyak perpecahan kepada umat islam.
Menurut pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya “… Gabungan NGO Melayu Islam itu tidak akan bersama dalam perkara melibatkan perpecahan umat dan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada semua pihak”.
Beliau juga berkata :
“Umat Islam harus menghantar satu isyarat tegas bahawa mereka mahukan cara berpolitik yang menguntungkan serta memberikan kesejahteraan kepada umat dan bukan perpecahan dan mudarat,”
Jelas Aminuddin, umat Islam harus menghantar satu isyarat tegas bahawa dalam berpolitik perlu mengutamakan kesejahteraan Ummah bukan memudaratkan sehingga menimbulkan perpecahan.
Katanya lagi, PRN Melaka tidak seharusnya berlaku jika semua pihak yang terlibat “… dapat menguruskan nafsu dan ego masing-masing serta meletakkan kepentingan umat dan rakyat sebagai keutamaan.”.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Pembela baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aminuddin menegaskan Pembela tidak akan menyokong sebarang tindakan perebutan kedudukan politik yang bakal memberikan kemudaratan kepada rakyat secara umumnya tatkala usaha mengurangkan kesan wabak Covid-19.
Dikhuatiri keputusan PRN Melaka akan digantung kerana semua parti gagal mendapatkan sokongan majoriti undi dan dijangkakan berlaku pergabungan di antara parti-parti politik yang menang dalam Pilihan Raya Negeri untuk membentuk kerajaan.