JUMAAT, 19 NOVEMBER – Meniti debaran PRN Melaka bakal berlangsung kurang dari 24 jam. Saya mendapati keadaan semakin meriah dengan ‘Perang Poster’ walaupun hakikatnya kempen berjalan hampar secara konvensional atau bersemuka kerana pematuhan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.
Sepanjang jalan di serata tempat di negeri itu kelihatan meriah dihiasi dengan bendera, gegantung dan sepanduk memandangkan tempoh berkempen akan berakhir pada jam 12 tengah malam nanti.
Ketika kami melalui kawasan dari Lubok Cina ke Tanjung Bidara, laluan jalan raya tidak lekang dengan bendera setiap parti.
Turut menarik perhatian gegantung besar yang memaparkan gambar, Pengerusi Perikatan Nasonal, PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang bersaiz 20 kaki panjang yang diletakkan di beberapa lokasi berhampiran jalan utama.
Selain itu, tertera juga slogan ‘Abah Sayang Melaka’ yang dipasang di bahu jalan dipercayai sebagai bahan kempen untuk Perikatan Nasional.