
(Tai Zee How, Peguam / sumber : FB)
KHAMIS, 18 NOVEMBER – Sementara itu, TV Pertiwi turut mendapatkan pandangan seorang peguam berbangsa, Tiong Hwa, Tai Zee How atau dikenali di laman Facebook dengan Ulasan Apek Cina berkenaan isu ini.
Beliau menyifatkan pelaksanan kerajaan Kedah ini adalah baik namun perlu dikuatkuasakan secara tegas dan merancang secara tersusun sebelum pelaksanaanya.
Tai Zee How, Peguam berkata :
“… Saya rasa tindakan Menteri besar kedah ni adalah tergesa-gesa, yang pertama sekali saya tau niat kerajaan negeri kedah adalah betul iaitu untuk membendung kegiatan judi atau kejudian bukan sahaja malah adalah satu niat tujuan untuk membendung kejudian. Cumanya untuk kita membendung secara menyeluruh kita kena ambil tindakan dan perancangan yang teratur dan tersusun…”
Beliau menyambut baik tindakan kerajaan berkenaan larangan berkenaan namun tindakan dan polisi yang tegas perlu dilaksanakan bagi mengelak penjualan nombor ekor secara haram.
“… Kalau tiada perancangan yang teratur dan tersusun, contohnya misalnya bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan seperti PBT, Majlis perbandaran atau pdrm maka ini akan membantu mengembangkan no ekor haram, penjualan nor ekor yang haram. Penjualan no ekor yang haram ini dia tidak akan dapat diceraikan tidak dapat terkawal maka dia tidak akan capai tujuannya untuk membendung kejudian itu”.
Tegas beliau, penguatkuasaan yang tegas ataupun perancangan yang teratur akan mencapai tujuan asal yang direncanakan.
Malah, pendekatan yang menyeluruh akan membuahkan kejayaan tanpa melahirkan kesan sampingan, terutamanya penjualan secara haram.