KHAMIS, 18 NOVEMBER – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim daripada PKR yang mempersoalan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai kedudukan istimewa orang Melayu.
Pada 10 November lalu, Hassan yang juga peguam dari PKR menyebut dalam Persidangan Dewan Rakyat dengan menyatakan bahawa ‘sudah sampai masanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (mengenai kedudukan istimewa orang Melayu) dikaji semula’.
Hassan Karim sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang dalam Penyata Perbahasan Parlimen yang dikeluarkan berkenaan jelas tercatat Hassan menyebut untuk Perlembagaan Persekutuan dikaji semula.
Sebuah portal berita turut melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, kerajaan harus meneliti semula Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan menyusun semula dasar tindakan afirmatif Malaysia.
Beliau berkata, bumiputera diperuntukkan RM10 bilion setiap tahun tetapi lebih 70 % daripada mereka yang mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP adalah bumiputera.