KHAMIS, 18 NOVEMBER – Peningkatan kes harian COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan setakat ini tidak memberikan kesan kepada Pelan Pemulihan Negara PPN.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Peningkatan kadar kebolehjangkitan kembali meningkat namun bukan dalam kategori serius dan menunjukan pertambahan yang drastik.
Tambah Muhyiddin, PPN tidak akan terjejas oleh peningkatan kes ekoran kebanyakan sektor ekonomi telah dibuka.
Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara MPN berkata :
‘’Setakat sekarang ini, saya lihat belum ada petanda ia (peningkatan kes) membawa kesan kepada PPN kerana industri dan sektor ekonomi semua sudah dibuka kita tidak lagi menyekat untuk buka 24 jam pun boleh. Belum lagi nampak kesan besar tetapi proses pembukaan ekonomi sudah bermula’’
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri program Pertemuan Bersama British Malaysia Chamber of Commerce (Roundtable Meeting) dan Dialog Pemulihan Negara, hari ini.
Mengulas lanjut, kebanyakan sektor yang telah beroperasi turut menghadapi masalah untuk meneruskan operasi ekoran kekangan kewangan.
Ujar beliau, MPN sentiasa mengambil berat tentang industri yang terkesan ini memerlukan Sokongan, dari segi kewangan, bantuan modal dan moratorium.