KHAMIS, 18 NOVEMBER – Dalam pada itu, tinjauan krew TV Pertiwi juga mendapati kebanyakan orang awam tidak bersetuju jika orang Islam terpaksa bekerja di sektor-sektor yang membabitkan pembuatan, jual beli, dan menghidang minuman keras.
Lilis Apsareena sebagai orang awam berkata :
“bagi akak itu alasan lah, sebab kalau kita rajin pergi masuk ke kedai-kedai, mudah.com ke…tapi kena ingat kita hidup kat dunia ni untuk cari keredhaan Allah dan keberkatan, bukan nak cari gaji yang besar”
Bagi padangan Imran Hasan, orang awam pula :
“peranan kita, kita kena sentiasa bagi peringatan lah…walaupun majikan tu kurang kesedaran, kita kena bagi kesedaran sesama kita”.
Ck Rahim, orang awam pula berkata :
“ini semua terletak di tangan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri lah…benda ini dah tak dijadikan satu isu”