KHAMIS, 18 NOVEMBER – Pematuhan SOP boleh dipertikai di bilik-bilik gerakan DUN semasa PRN Melaka. Hasil tinjauan kru TV Pertiwi mendapati, segelintir penyokong sewenang-wenangnya menghisap rokok dan tidak menjaga penjarakan fizikal.
Kelihatan segelintir penyokong sedang berada di bawah khemah di hadapan bilik gerakan parti.
Walaupun sering diingatkan oleh pihak KKM agar mematuhi SOP dan penjarakan sosial, namun berdasarkan rakaman lensa kami, ia tidak begitu dipatuhi.
Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir ke Bilik Gerakan N05 DUN Macap Jaya hari ini yang terletak di Felda Tun Ghafar Baba.
Hishammuddin hadir pada jam 12.15 tengah hari semalam untuk bertemu dengan calon Barisan Nasional di DUN berkenaan.