
(Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)
RABU, 17 NOVEMBER – Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiranya gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi agar tidak termakan dan terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan pihak tertentu.
Menerusi catatan Facebook Ahmad Zahid beliau berkata, pengundi dan rakyat Melaka jangan termakan fitnah dan tiada istilah ketua menteri sementara.
Sebelum ini Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka Datuk Seri Mohamad Hasan, turut menegaskan Sulaiman akan dilantik segera Ketua Menteri Melaka sehingga habis penggal:
“…sekali gus menangkis dakwaan yang mengatakan Sulaiman akan menjadi ketua menteri sementara sekiranya BN diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam PRN Melaka, Sabtu ini”.
“insyallah jika diberi mandat oleh rakyat kepada Barisan nasional untuk mentadbir Melaka ini BN telah tetapkan bahawa Datuk Seri Utama Sulaiman akan dilantik sebagai ketua ,menteri Melaka sehingga habis penggal takde isu pula orang nak main-mainkan kata sementara ini bukan cerita main-main ini bukan cerita kampung.”
Pakatan Harapan pula menamakan Adly Zahari sebagai ketua menteri Melaka yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil manakala Perikatan Nasional (PN) sehingga kini tidak menamakan sesiapa bagi jawatan berkenaan.
Sulaiman, yang juga penyandang di kerusi DUN Lendu ditentang Mejar (B) Abdullah Mahadi daripada PN dan Mohamad Asri Ibrahim PH.