RABU, 17 NOVEMBER – Persatuan Ulama Kedah menyokong penuh keputusan kerajaan negeri untuk tidak lagi meneruskan memberi kelulusan lesen perjudian kepada mana-mana premis perjudian di negeri itu.
Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah, Hafiz Mustafa Lubis berkata;
“… tabiat berjudi dalam kalangan masyarakat perlu dibanteras supaya agenda pembangunan Insan di Kedah dapat dilaksanakan”
Tegas beliau, tabiat berjudi tidak memberi kesan yang positif bahkan menghancurkan institusi kekeluargaan malah mengancam keselamatan awam sekali gus melibatkan aktiviti jenayah yang berpunca daripada perjudian’.
Pihak Mufti Kedah juga berharap kerajaan persekutuan pimpinan perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengambil serupa menghentikan pemberian lesen baharu bagi aktiviti perjudian.
14 November lalu, kerajaan Kedah memutuskan untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis perjudian di negeri itu bagi memastikan Kedah bebas daripada aktiviti tersebut pada masa akan datang.