RABU, 17 NOVEMBER – Sementara itu, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia, BERJASA, Zamani Ibrahim amat menyokong tindakan Menteri Besar Kedah yang tidak menyambung lesen bagi premis perjudian di negeri itu.
Haji Zamani Ibrahim selaku Presiden BERJASA berkata :
“… saya melihat mana-mana suara parti politik yang tidak bersetuju dengan apa langkah yang telah diambil oleh kerajaan kedah ini. Dari saya kita nak tahu apakah agenda apakah pemikiran yang ada kepada pemimpin parti ataupun kuasa tertinggi DAP yang mempertikaikan sebab apa yang saya lihat mana-mana agama mana mana bangsa pastinya tidak bersetuju dan tidak membenarkan budaya mabuk budaya judi dalam kalangan masyarakat dan penganut mereka. Jadi bagi saya mereka yang mempersoalkan tindakan kerajaan kedah itu bagi saya apa agama yang mereka anuti ? apakah mereka ini tidak beragama?…”
Ujarnya lagi, parti-parti yang mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Kedah itu disifatkan sengaja untuk mengambil peluang politik malah cubaan mengambil hati bangsa yang ingin mengaut keuntungan dalam perniagaan.
“…. Sebab tadi tidak ada mana-mana bangsa, tidak ada mana-mana agama yang bersetuju dengan judi dan juga arak ini jadi siapa yang memperjuangkanya bermakna parti itu parti yang songsang, songsang daripada kehendak norma bangsa, songsang daripada kehendak agama itu sendiri.. saya menekankan bahawa sepatutnya apa yang dilakukan kedah itu juga dilaksanakan oleh mana-mana negeri sebab ianya satu kepentingan umum…”
Haji Zamani juga menyifatkan penentangan terhadap larangan ini adalah bertentangan dengan norma mana-mana ajaran agama dan bangsa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang, P Ramasamy semalam mengeluarkan satu kenyataan di laman facebooknya.
Membantah larangan kerajaan Kedah dan mendakwa tindakan itu keterlaluan, menyekat hak dan bertujuan mengawal orang bukan Islam.