RABU, 17 NOVEMBER – Sebelum ini Kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk tidak memberi kelulusan kepada permohonan baharu lesen perjudian serta tidak memperbaharui lesen perjudian sedia ada sebaik ia tamat tempoh di seluruh negeri ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat bagi mewujudkan persekitaran lebih baik untuk rakyat, selain mencapai sasaran ‘Kedah bebas judi’.
Menurutnya, lesen perjudian yang telah tamat tempoh tidak akan diperbaharui dan ia berkuat kuasa di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Exco minggu lalu, kerajaan negeri melalui PBT tidak akan beri lagi kelulusan baharu lesen premis judi di semua daerah.
Muhammad Sanusi berkata, aktiviti perjudian perlu dibanteras kerana ia antara punca kepada kerosakan dan keruntuhan tamadun khususnya institusi keluarga
Muhammad Sanusi turut mengumumkan ketetapan juga telah dibuat agar penjualan arak secara terbuka dihadkan hanya kepada pengguna bukan Islam.