Eratkan Kerjasama PDRM dan JPJ

CP Dato Wira Mat Kassim bersama Pengarah JPJ Dato Zailani Hj Hashim – Sumber Foto : PDRM

SELASA, 16 November 2021 : Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato’ Zailani Hj. Hashim, petang tadi.

Kunjungan beliau ini, buat pertama kalinya selepas dilantik menjadi Pengarah JSPT pada September lepas.

Dalam lawatan itu juga , jalinan kerjasama yang lebih erat selain intipati kunjungan turut membincangkan mengenai kolaborasi strategik penguatkuasaan keselamatan jalan raya secara bersepadu oleh JSPT dan JPJ.

Turut hadir, Timbalan Pengarah II JSPT, ACP Tuan Zulkifli Jonit dan para pegawai kanan polis.

Datuk Mat Kasim Karim memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang baharu, berkuatkuasa September lepas.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan pernah menjadi Ketua Polis Melaka, menggantikan Datuk Azisman Alias yang bersara wajib.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pesawat TUDM terhempas di Pulau Pinang

Next Post

Kedah Tidak Luluskan Lesen Baharu Judi, Hadkan Jualan Arak

Related Posts