Oleh Asyiha Ariffin, wartawan TV Pertiwi
RABU, 17 NOVEMBER – 2 minggu selepas perayaan Deepavali purata harga ayam yang dijual dilaporkan masih kekal tinggi malah semakin meningkat sehingga mencecah RM10.20 sen kg.
Kesannya bukan hanya pada pelanggan malah peniaga perlu menanggung kerugian yang besar disebabkan pengurangan pelanggan dan bekalan ayam.
Tinjauan saya hari ini di pasar Kajang, yang merupakan pasar awam yang menjadi tumpuan buat penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan barangan segar.
Apa yang boleh saya katakan suasana di sekitar tempat penjualan ayam lengang tanpa kehadiran pengguna.
Hal ini menunjukkan bukan hanya pengguna malah peniaga juga turut terhimpit dengan tekanan ekonomi apabila harga ayam naik secara mendadak.
Jika sebelum ini, harga standard dijual sekitar tujuh ringgit hingga RM8 kg, kini naik sehingga RM10.20 kg.
Peniaga ayam Normilawati Karudin menjelaskan dia tidak mempunyai pilihan lain bagi mengelakkan kerugian dan dia terpaksa menjual dengan harga berkenaan.
“…dari start berniaga dulu dalam RM7 lebih lepastu makin lama makin naik sampai sekarang RM10 per kg…dan dengar-dengar akan naik lagi la…memang banyak la mereka kata harga kayangan…tapi nak tak nak terpaksa la…nak makan kena beli juga…”
Normilawati yang berniaga hampir satu tahun setengah di pasar Kajang ini turut mendakwa pembekal dan pemborong menghadkan bekalan ayam sekaligus menjadi punca kenaikan harga ayam.
Kebiasaanya dia akan mengambil bekalan sebanyak 100 ekor sehari namun kini pemborong hanya memberi 50 ekor sahaja sehari.
“…bekalan tu pun tak bagi. Bila minta mereka hanya bagi separuh daripada tu..”
Malah ada peniaga yang enggan ditemubual mendakwa kemungkinan harga ayam akan naik lagi sehingga RM12 kg dalam masa terdekat.
Sementara itu, pengguna Abdul Rahim Mohamed yang ditemui turut mengeluh dengan harga ayam yang dijual.
Katanya, ditambah dengan bilangan isi keluarga yang ramai memberi bebanan kepada mereka dan dia turut menggesa agar pemantauan yang lebih telus ke atas harga ayam dilakukan oleh pihak berwajib.
“…ya memang mahal la…yg tinggi pun RM9 tapi ini 10..tapi harga syiling kita tak tahu…
“…sepatutnya dekat pasar ni kena ada tulis harga syiling berapa…so kita mudah tertipu la macam tu…”
Peniaga lain yang turut ditemui juga berkata pihaknya diberitahu bahawa penternak dan pengeluar terpaksa menampung kos kenaikan harga anak ayam dan sumber tenaga pekerja asing.
Dalam pada tu, sepanjang tinjauan di pasar Kajang juga mendapati pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP turut membuat pemantauan kawalan harga ayam.
Hasil tinjauan Asyiha Ariffin “…lazimnya harga ayam dijual sekitar RM7 kg namun tinjauan hari ini mendapati ianya dijual sehingga RM10.20 kg…bagaimanapun peningkatan harga ayam ini terus membebani peniaga dan pembeli…persoalannya sampai bila?…”
Bagaimanapun tinjauan ke atas barangan lain seperti daging, ikan, dan sayur-sayuran didapati tiada peningkatan harga berlaku.
SILA TONTON DI SINI