RABU, 17 NOVEMBER – Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah memperkenankan 3 akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Parlimen Ke-14 lalu.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia membabitkan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa Pindaan 2021 :
“… Akta Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) Pindaan 2021 dan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara Pindaan 2021”.
“…saya suka unutk memberitahu yang maha mulia…dan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara Pindaan 2021…”
Beliau berkata demikian dalam pemakluman Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi soal jawab, hari ini.
Sementara itu, Azhar berkata, Dewan Rakyat turut memperingati Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun.
Azhar berkata, Malaysia mempunyai obligasi dengan mematuhi prinsip dan peruntukan termaktub dalam konvensyen itu terutama berkaitan hak kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan kanak-kanak.