RABU, 17 NOVEMBER – Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup pada pukul 2 petang semalam.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 89.9 % pengundi awal menunaikan tanggungjawab yang membabitkan seramai 10,390 pengundi.
Sebanyak 10 PPA yang ditutup pada 5.30 petang ialah Bilik Gerakan 96 DPP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di DUN Machap Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak, SK Kem Terendak 1 dan II serta Dewan Borhan di DUN Sungai Udang.
Terdahulu, 21 daripada 31 PPA yang diwartakan ditutup lebih awal pada 2 petang.
PRN Melaka kali ini menyaksikan sejumlah 11,557 pengundi awal berdaftar terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.
Ia turut menyaksikan penekanan diberikan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard selaras dengan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara memandangkan situasi pandemik