SELASA, 16 NOVEMBER – Isu banjir di negeri Melaka masih belum selesai seperti tiada kesudahan.
Lebih menyedihkan ia menjejaskan kawasan Kampung Morten, Bandar Hilir Melaka yang cukup terkenal sebagai penempatan masyarakat Melayu.
Bagi mendapatkan gambaran permasalahan sebenar kru TV Pertiwi sempat bertemu dengan penduduk di sana. Rata-rata penduduk melahirkan rasa kecewa dengan isu banjir yang tidak selesai setelah sekian lama.
Banjir berkenaan dikatakan berpunca dari paras air yang meningkat di Sungai Melaka selain benteng yang sudah retak dan berlubang sehingga ditembusi air.
Ada peniaga di kawasan ini terpaksa menutup kedai dan mengalami kerugian disebabkan banjir. Bantuan turut diberikan kepada mangsa namun dalam kadar yang kecil.
Melalui sesi tembual, Amna Osman, Peniaga Kampung Morten berkata :
“Biasa dulu tak da sejak tebing tu ada retak dia masuk lalu pintu gerbang tu dari situlah…Bila longkang penuh tu yang dia masuklah”.
Penduduk Kampung Morten, Yati Ahmad pula berkata :
“Selalunya dalam 4, 5 hari banjir ni berlaku…200 tu apa kita nak buat.”
Rohfadilah Abdullah sebagai Penduduk di sini berkata :
“Memang majoriti memang dari dulu sampai searang dari akak kecik pun memang dah alami banjir dah banyak kali dah.. Jadi setiap kali banjir air naik kita tak boleh buat apa .”
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jalina Mahmood, pihaknya menerima banyak aduan dan hanya mampu membantu setakat mana yang mampu.
Beliau juga turut berharap agar kerajaan memngambil berat masalah yang dihadapi oleh penduduk berkenaan.
Jalina Mahmood selaku Pengerusi JPKK Kampung Morten turut berharap “pasal banjir ni banyaklah orang yang terjejas orang datang complain…kalau boleh atasi masalah banjir ni sebab banjir ni banyak kalilah berlaku.”