SELASA, 16 NOVEMBER – Sejumlah 7 isu berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dikenal pasti untuk diberi keutamaan dalam proses penambahbaikan akta tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia hasil kajian dan penelitian Jawatankuasa Kerja Pindaan Akta 711.
“.…dalam pada masa yang sama pemberi maklumat mendapat kemudahan di bawah undang undang ini hanyalah 527 maknanya nisbah yang amat kecil sekali dapat perlindungan dibawah undang undang ini. Hanya seramai 527 sahaja ini menunjukkan kekurangan sama ada dengan kata lain yng berhormat dato bahawa …”
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH Port Dickson) yang ingin tahu secara terperinci cadangan mengkaji semula undang-undang berkaitan pemberi maklumat di bawah Akta 711 dan sejauh mana keberkesanannya melindungi pemberi maklumat dalam kes-kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi pada masa sama akui wujud kekurangan dalam Akta 711. Namun demikian jumlah pemberi maklumat adalah hanya seramai 527 orang sahaja.