
(Foto / sumber : Hello Doktor)
ISNIN, 15 NOVEMBER – Jabatan Kesihatan mengesan satu kes taun atau kolera di daerah Petaling.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter hari ini, memaklumkan kes itu dikesan oleh Jabatan Kesihatan Selangor.

(Foto / sumber : twitter @Khairykj)
Beliau menasihatkan orang ramai supaya hanya minum air yang telah dirawat atau dididihkan dan mengelakkan makanan mentah serta menjaga kebersihan diri.
Jelasnya, maklumat lanjut berhubung kes kolera tersebut akan diperincikan kelak.
Memetik pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, JKNS berkata, kes itu dikesan membabitkan warganegara Malaysia.
Penyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.
Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit manakala gejala serius boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk.