ISNIN, 15 NOVEMBER – Seramai 312 orang penumpang feri dari Kuah ke Langkawi ke Kuala Perlis terkandas kira-kira dua jam pukul 9 malam, 14 November lalu.
Insiden berkenaan berlaku ekoran kipas feri berkenaan tersangkut tali pukat nelayan di perairan Kuala Perlis.
Feri itu berlepas dari terminal feri Kuah pada jam lapan malam dan sepatutnya dijadualkan tiba di Kuala Perlis sejam kemudian.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sendirian Berhad, Kapten Baharin Baharom berkata, “pihaknya mendapatkan bantuan bot nelayan untuk menunda feri masuk ke dalam terminal”.
Selain itu, pihak konsortium juga meminta bantuan penyelam daripada pasukan bomba bagi memotong pukat yang tersangkut pada kipas feri berkenaa