ISNIN, 15 NOVEMBER – Seramai 11 ribu 557 pengundi akan mengundi awal di 31 pusat mengundi bagi PRN Melaka yang akan dibuka bermula jam 8 pagi, esok.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmal rudin Ishak, dalam satu kenyataan hari ini berkata;
“Jumlah itu merangkumi Sembilan Ribu 217 anggota tentera dan pasangan serta Dua Ribu 340 anggota polis di seluruh negeri.
Jelasnya, proses pengundian awal itu akan dijalankan dengan memastikan aspek pematuhan SOP bagi mengekang penularan COVID-19 dilaksanakan.
Semua kotak undi bagi pengundian awal itu akan disimpan di lokap balai polis terlibat dan hanya akan dikira pada 20 November nanti.
SPR sebelum ini menetapkan 8 November sebagai tarikh hari penamaan calon, hari pengundi awal pada 16 November dan hari mengundi pada 20 November depan.
PRN Melaka bakal melibatkan 495 ribu 196 orang pengundi di 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.