
Arwah, Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7 FOTO: BH ONLINE
SEPANG: “Menantu beritahu, arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” kata Mahani Hamid.
Mahani, 68, adalah nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd, 7, murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini, semalam.
Dalam kejadian 12.10 tengah hari, Nur Alisha Safiya cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital swasta.

Ahli keluarga menunggu jenazah, Nur Alisha Safiya, 7, di perkarangan rumah di Taman Intan Baiduri, Salak Tinggi, Sepang yang meninggal dunia akibat kemalangan dilanggar van sekolah di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi pada semalam – SUMBER BH ONLINE
Nur Alisha Safiya, anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan kakitangan kerajaan di Putrajaya, Mohd Azlin, 47, dan Mahani Saad, 43.
Mahani berkata, hujung minggu lalu, Nur Alisha Safiya pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang bersama ibu bapanya.