Oleh Azizi Sunip ([email protected])
JUMAAT, 12 NOVEMBER – Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; ‘Menuntut ilmu itu ialah kewajipan setiap Muslim,’ Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Mengambil sabda junjungan nabi itu, sebuah badan bukan kerajaan SDARA – Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak;
Mengambil inisiatif untuk membantu murid-murid di sekolah tersebut bagi mencurahkan bakti dengan niat ikhlas untuk berjasa kepada masyarakat.
Abdul Rasid Jaapar, Yang DiPertua SDARA berkata “Sekarang ni kita melebarkan sayap kita melalui Yayasan SDARA, bukan sahaja membantu pelajar-pelajar tetapi kita juga akan bergerak lebih aktif membantu masyarakat Malaysia secara keseluruhannya yang memerlukan bantuan itu tekad kitalah”
Segalanya bermula pada tahun 2020, Yayasan SDARA melalui Dana Projek Bas diwujudkan untuk bertujuan membeli sebuah bas baharu kepada sekolah yang terletak di Seremban itu;
Hasratnya cuma satu iaitu bagi memberi lebih keselesaan kepada para murid dalam mengharungi sesi akademik tahunan.
Majlis penyerahan bas itu diadakan di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, SBP Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM Cyberjaya oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan SDARA, Profesor Datuk Seri Doktor Abu Hassan Asaari Abdullah.
Profesor Datuk Seri Doktor Abu Hassan Asaari Abdullah, Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan SDARA berkata “Secara crowd funding, kita berjaya mendapat mengumpulkan wang 525 ribu 625 ribu jadi memang banyak, menunjukkan bahawa jika panjang sikit lagi mungkin lebih banyak, yang keduanya konsep memberi bas ini adalah satu cara menunjukkan bahawa kita sensitif kepada keperluan hari ini bas mungkin esok buku.
Jasa dan juga apa yang dilakukan oleh bekas murid sekolah ini sendiri yang membantu memberikan sumbangan bas kepada kegunaan sekolah mereka, dan ini boleh dicontohi oleh semua, kerana tanpa kita dan bantuan yang diberikan, sudah pastinya akan dimanfaatkan oleh beratus dan beribu untuk tahun-tahun yang mendatang.