
(Foto / sumber : TV Pertiwi)
JUMAAT, 12 NOVEMBER – Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 di Terengganu berada pada tahap membimbangkan apabila telah mencapai 84 peratus setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Doktor Kasemani Embong berkata;
“kadar penggunaan katil I-C-U itu disumbangkan oleh peningkatan jumlah pesakit COVID-19 kategori lima sejak dua minggu lalu”.
Menurutnya, perkara ini sudah dijangka setelah Terengganu diumumkan memasuki Fasa Empat.
Dalam pada itu Doktor Kasemani berkata; setakat ini pihaknya menganggarkan sebanyak 324 ribu individu termasuk kira-kira 30 ribu petugas barisan hadapan di Terengganu akan menerima dos penggalak COVID-19.
Selain petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM dan bukan KKM, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan pesakit komorbid juga telah mula diberikan tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan dos berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Wad ICU Hybrid di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu hari ini.
Wad ICU Hybrid berkapasiti 10 katil itu yang akan mula digunakan minggu hadapan, menjadikan jumlah keseluruhan katil ICU bagi pesakit COVID-19 di Terengganu kini sebanyak 43 buah.

(Foto / sumber : Tv Pertiwi)
Kes harian positif Covid-19 meningkat hari ini apabila merekodkan sebanyak 6,517 kes berbanding 6,323 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitter miliknya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 2,535,338 kes.