JUMAAT, 12 NOVEMBER – Tindakan biadab calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Fong Khai Ling yang seolah-olah mengajar rakyat di negara ini untuk lolos ke negara haram Israel menggunakan pasport Malaysia amat mengecewakan.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak menggugurkan pencalonan Khai Ling daripada menyertai Pilihan Raya Negeri Melaka.
Beliau berkata, Meskipun sudah memohon maaf secara terbuka namun perkara itu sedikit sebanyak mengguris hati rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam.
Sehubungan itu, Cikgu Izzat menggesa PDRM ambil tindakan segera dan beri amaran keras kepada mana-mana yang cuba menjadi pembelot negara!
Sebelum ini tular video memaparkan perkongsian daripada Khai Ling yang dikatakan secara terang-terang mengajar rakyat di negara ini melanggar undang-undang.
Calon Gerakan itu menyatakan tidak berniat untuk mempersendakan pendirian umat Islam terhadap Israel.