https://www.youtube.com/watch?v=Pl8WSw5zqWw
JUMAAT, 12 NOVEMBER – Bersatu cuba memadamkan fakta bahawa parti itu tunjang kepada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata Rafii.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Razlan berkata apakah Bersatu yang kini menunjangi Perikatan Nasional (PN) tidak mahu mengakui “pembohongannya” bersama PH.
Tambah Razlan, Bersatu dan sekutunya mahu mengalih isu manifesto dan berlagak baik seumpama apa yang telah ditipu kepada rakyat tempoh hari bukan salah parti itu mahupun PH.
Katanya itulah hakikat lakonan demi lakonan yang dihidangkan kepada Rakyat, semasa menikmati kejayaan bersama PKR dan DAP dalam PH.
BERSATU yang ketika itu bersama PH katanya mempertahankan manifesto dan berjanji selama 100 hari untuk melaksanakannya.