JUMAAT, 12 NOVEMBER – Sebanyak 24 Pusat Pengundian Awal P-P-A akan dibuka bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri P-R-N Melaka pada 16 November ini.
Jurucakap Ibu Pejabat Suruhajaya Pilihan Raya S-P-R berkata, empat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terlibat dalam proses pengundian awal iaitu DUN Tanjung Bidara, Pengkalan Batu, Duyong dan Serkam.
Katanya ketika dihubungi Bernama, proses pengundian awal bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang di balai polis di setiap DUN dan di kem tentera.
SPR sebelum ini mengumumkan sebanyak 7,601 kertas undi pos telah dikeluarkan kepada pengundi yang layak mengundi secara pos bagi PRN Melaka;
…dengan jumlah tersebut meliputi 6,871 kategori Borang 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.
Sebanyak 511 kertas undi pos bagi kategori Borang 1B dikeluarkan membabitkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara;
… dan 113 kategori Borang 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) serta 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.