PAS YAKIN MENANG DI LAPAN KERUSI UNDI TERAS

(Foto / sumber : berita pas)
(Foto / sumber : berita pas)

KHAMIS, 11 NOVEMBER – PAS yakin undi teras dimiliki di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya mampu dimenangi sekurang-kurangnya satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

 

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek berkata, undi teras itu menjadi bekalan kukuh untuk Perikatan Nasional memberi saingan sengit kepada setiap pencabarnya.

 

Beliau berkata, PAS mahu memenangi semua kerusi yang dipertandingan dan yakin akan memenangi salah satu dari kerusi berkenaan.

 

Tambahnya biarpun PAS tidak pernah menang pada pilihan raya lalu, kali ini dalam saingan tiga penjuru, pihaknya mempunyai undi teras termasuk di lapan DUN yang diletakkan calon.

 

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkempen, beliau berkata, masih ada ruang boleh dimanfaatkan calon dan jentera untuk menyampaikan hasrat dan aspirasi bertanding kepada pengundi biarpun agak ketat.

 

Lapan kerusi DUN ditandingi PAS ialah Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Kelebang, Bukit Katil, Serkam, Merlimau dan Duyong diwakili oleh Kamarudin.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MESIR BATALKAN TAYANGAN ETERNALS EKORAN BABAK HOMOSEKSUAL

Next Post

JALAN PALING BAHAYA DI MALAYSIA DINAIK TARAF

Related Posts