KHAMIS, 11 NOVEMBER – Malaysia dikategorikan sebagai bukan negara sihat berdasarkan kesedaran aspek kesihatan dalam kalangan rakyat yang masih berada di tahap rendah.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu terbukti menerusi statistik yang menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi dalam beberapa masalah kesihatan termasuk sakit jantung.
Beliau berkata menerusi rakaman pada minit 9:25 “kalau Tanya sayalah sebagai menteri kesihatan….. Minit 9:55 pula, …..penghidap penyakit kronik”
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM pagi tadi.
Mengulas perkara itu, beliau berkata perubahan tingkah laku sangat penting untuk melahirkan negara dan rakyat yang sihat dengan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata.
Ini disebabkan pematuhan prosedur operasi standard (S-O-P) Covid-19 dalam kalangan rakyat juga cukup mengambarkan tahap kesedaran yang masih rendah.