Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang bapanya rakyat Malaysia dan dilahirkan di negara ini oleh seorang wanita warga China, pada Isnin berjaya mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membenarkan permohonan kanak-kanak itu yang sebelum ini memegang status ‘tidak bernegara’ supaya Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraan kanak-kanak berkenaan sebagai warganegara Malaysia.