Selepas Perang Dunia Pertama, Palestin diletakkan di bawah pentadbiran British berdasarkan pakatan rahsia iaitu Perjanjian Sykes-Picot antara United Kingdom dengan Perancis. British pula mengangkat Deklarasi Balfour, yang membuka jalan kepada penjajahan dan penjarahan Yahudi di Palestin. Maka bermulalah detik hitam perluasan dasar Israelisasi di bumi anbia itu. 14 Mei, apabila British berundur dari Palestin, ‘negara’ haram Israel ditubuhkan dengan David Ben-Gurion sebagai pemimpin pertamanya. #TvPertiwi #BicaraPalestin