Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 27 Oktober hingga 30 November ini.
Ia bagi membolehkan Muhammad Shafee menguruskan pengajian anak lelakinya di New York, Amerika Syarikat. Terdahulu, hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan daripada pihak responden.