Anak Soekarno Presiden pertama Indonesia, mengumumkan akan menukar agamanya daripada Islam kepada Hindu. Sukmawati Sukarnoputri, 69, menyatakan penukaran agamanya akan dilakukan dalam satu majlis agama Hindu, ‘Sudhi Wadani’ 26 Oktober ini.
Menurut CNN Indonesia, keputusan beliau untuk murtad dipengaruhi oleh mendiang neneknya, Ida Ayu Nyoman Rai Srimben.