BANGI, Rabu – Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali bersama isterinya hari ini memfailkan permohonan habeas corpous bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.
Kedua-dua pasangan itu memohon bagi mencabar penahanan salah itu difailkan bersama seorang lagi pengikut, Mohamad Suhaimi Mohd Sani di Mahkamah Tinggi, Johor Bahru.
Nasiruddin, Azura dan Suhaimi selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pendakwa Raya, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Permohonan tersebut difailkan oleh barisan peguam yang mewakili mereka iaitu Datuk Rosli Kamaruddin, Najib Zakaria, Boestamam Ahmad dan Dorina Abdullah.
Permohonan difailkan barisan peguam diketuai Datuk Rosli Kamaruddin, Najib Zakaria,
Boestamam Ahmad dan Dorina Abdullah.
Berdasarkan permohonan itu, perintah supaya writ habeas corpus dikeluarkan bagi membebaskan pemohon daripada tangkapan dan penahanan tidak sah oleh responden, selain pemohon perlu dibawa ke mahkamah secepat mungkin.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar kemudian menetapkan 4 Disember depan bagi pendengaran permohonan berkenaan bagi membolehkan peguam mewakili pemohon dan responden memberikan hujah-hujah masing-masing.
Turut hadir pada prosiding hari ini tiga peguam mewakili Majlis Peguam Malaysia, iaitu R Jayabalan, Fadhil Ihsan Mohamad Hassan dan Khairul Azwad, yang memantau bagi kepentingan awam.
Pada 23 Oktober lalu, Nasiruddin, Azura dan Suhaimi didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di bawah Akta 130V (1) di Mahkamah Sesyen Selayang.
Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka dan kesemua 19 individu lain kerana kes itu mengikut SOSMA yang berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, kesemua 13 lelaki dan sembilan wanita berkenaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di 33-B, Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes Rawang, antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.
#TVPertiwi #GISBH #Mahkamah #Ikhwan
Sumber: Berita Harian
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI